‘ Tuhan merawat segala yang kita kenal, dan
yang tidak kita kenal, dan juga yang tidak akan pernah bisa kita kenal. ‘
-
Sapardi Djoko Damono.
PENCARIAN
“ Hidup ini
tidak dapat tidak harus menyusahkan orang lain, begitulah falsafah penciptaan
manusia yang tidak hanya dia seorang di dunia ini. “
“ Aku faham
Kal, sebab itu aku di sini dengan kau kan?..”
“ Tidak.. kau
tidak mengerti Jingg, kerana aku juga masih belum mengerti.. “
“ Jangan
beratkan fikirmu Kal, hidup ini tidak seberat yang kau fikir. “
“ Ah Jingg
benar kataku, kau tidak mengerti. “
“ Aku
terlebih mengerti Kal, kau keserabutan mencari hikmah yang masih kabur.
Sabarlah Kal, hikmah itu pastikan muncul sebagaimana munculnya pelangi selepas hujan.
Cuma kau perlu tunggu bila turunnya hujan itu. “
“ Apakah
yang berlaku ini tidak seperti turunnya hujan ?.. “
Jeda.
Jingga
membisu. Disaat ketekanan menerjah, akal dan nafsu bersaing merebut tempat. Dia
berkontemplasi.
“ Jawab
Jingga, usah renyahkan aku.. “
Tangan
Kalis diraih lembut.
“ Apa yang
berlaku cuma redup awan penanda hujan akan turun membasahi Kal. Bersabarlah
Kal, kau sedang bertarung dengan falsafah. Falsafah adalah perasaan yang kuat
dalam mencari hikmah sesuatu perkara. Walau kau tidak akan bisa menemuinya, kau
pasti akan tetap mencari. “
“ Tapi
Jingg,sampai bila ? sampai bila aku akan terus terapung dalam samudera
hipokrasi terhadap diriku sendiri ? Aku tidak tenang.. “
Kalis
mengeluh berat.
“ Sudah aku
pesan Kal, usah beratkan fikirmu. Kau cuma perlu menunggu. Menunggu memerlukan
waktu Kal, dan waktu itu yang akan menyuluhkan hikmahmu itu nanti. Cuma aku
bukanlah pemilik waktu itu. Bersabarlah Kal.. “
“ Jingga,
sedarkah kau sudah tiga kali kau mengulang menyuruhku sabar. “
Kal jadi
tersenyum.
“ Kerana
sabar itu selalu berlayar di atas hidup yang gelombang Kal. Pada sabar itu juga
ada kemanisan. Buktinya itu di bibirmu. “
“ Ahh
Jingga, kau memang nombor satu dalam meredakanku. “
“ Kerana
aku mencintaimu Kal. Kau tahu mengapa aku mencintaimu ? Aku mencintaimu kerana
aku ingin membuktikan kewujudanku Kal. Jika cinta ini tiada, aku ibarat tidak
wujud di dunia ini. “
Kalis
bangga.
“ Terima
kasih Jingg, namun aku akan terus memberatkan fikirku dalam pencarian hikmah
ini. “
Kalis
nekad.
“
Teruskanlah Kal jika itu pilihmu. Namun pesan kasihmu ini, usah sehingga apa di fikiranmu
itu menjadi kemahuan hidupmu. Ingatlah Kal kemahuan itu tidak terhad, bahkan
keperluan hidupmu yang sebenarnya terhad. Kau harus jadi pemilih yang tepat.
Kau tidak akan dapat kedua duanya. Kerana kita manusia kita mahu semua perkara
dan kerana kita manusialah kita tidak akan dapat semua perkara Kal. “
“ Jingga,
tidakkah Reneh Descartes berkata “ Aku berfikir maka aku wujud. “ Tidakkah kau
seolah menolak kerelevenan berfikir. “
“ Tidak aku
nafikan kata kata itu Kal, malah aku sependapat denganmu. Manusia dikarunia
akal yang boleh berfikir, yang boleh mengkritik dan mesti bertanggungjawab atas
apa yang dikritiknya dengan hujjah.
“ Lihat kau sendiri menerangkan pemahaman
falsafah eksistensialisme. Kau sendiri kontradik dengan nasihatmu sebentar tadi
wahai kekasih. “
Kalis tahu
kali ini Jingga tewas.
“ Tidak..
aku tidak kontradik Kal. Aku terlebih sedar, kehidupan ini penuh dengan
persoalan yang mesti kita bongkar redah demi mencari sebuah atau berbuah buah
jawapan.
Jingga
mengambil nafas panjang sebelum menyambung,
“ Kerana
jalan yang benar itu amatlah sukar. Aku risau dalam pencarian fikirmu nanti kau
akan hilang separuh dirimu, kau akan hilang semangat wajamu, kau akan hilang
senyuman manismu.. “
Tangan
Jingga meraba lembut pipi Kalis.
“ Dan yang
paling aku takut Kal, kau akan hilang harapan. Tahukah kau dosa manusia paling
besar bukanlah membunuh jasad atau fizikal, tapi membunuh harapan. “
Air mata
Jingga mengalir akhirnya. Kal menatap simpati. Melihat Jingga berkeadaan
sebegitu malah menambah sembilu di sukma.
“ Sudahlah
Jingga, usah menangis, kau menangis malah hampir membunuh harapanku. Cinta kita
kan bukti kewujudan kita. Aku tidak mahu cinta kita duka dan sakit. Aku masih
mahu hidup. Malah sekarang aku yakin hikmah itu akan ditemui oleh manusia yang
berjaya memaknai kewujudannya di dunia ini.
Jingga
malah teresak esak, bertambah kuat sehingga memaksa Kalis membawanya dalam
pelukan erat.
“ Aku
bahagia Kal, bahagia yang luas yang melangkau dimensi emosi. Aku berdoa Kal,
kau akan temui bahagiamu nanti dalam perjalanan mencari hikmahmu itu. “
Tamat.
PENCARIAN
Dan dalam jiwa sesak
Dalam tubuh tenat
Tunjaman kata semangat
Tidak terubat
Dan hati yang retak
Bergilir hentaman kuat
Tiada daya yang ampuh
Tiada asa yang teguh
Aku ini yang hidup
Yang nyawa masih setia
Walau tubuh menunggu masa
Aku ini yang lemah
Yang longlai di samudera fana
Aku
Masih berjalan
Masih tak bertemu jalan
Masih buntu
Masih keliru
Jalan itu
Terbentang ke hadapan
Yang belakang tinggal kelam
Ke depan kan ku pijak duri
Jika ku undur mana ku harus pergi?
Falsafah kehidupan
Ku cuba bongkar gali
Mencari terus mengkaji
Biar tak jumpa hujung
Asal pangkal ku betul
Ahh..
Kata manusia sesat di hujung jalan
Kembali ke pangkal jalan
Kata penyedap kata,
Biar tak sampai destinasi
Asal mati atas jalan yang pasti
Dan aku..
" Menjunjung takdir, dalam pencarian yang tak berakhir.."
Insan pencari,
0904
Dalam tubuh tenat
Tunjaman kata semangat
Tidak terubat
Dan hati yang retak
Bergilir hentaman kuat
Tiada daya yang ampuh
Tiada asa yang teguh
Aku ini yang hidup
Yang nyawa masih setia
Walau tubuh menunggu masa
Aku ini yang lemah
Yang longlai di samudera fana
Aku
Masih berjalan
Masih tak bertemu jalan
Masih buntu
Masih keliru
Jalan itu
Terbentang ke hadapan
Yang belakang tinggal kelam
Ke depan kan ku pijak duri
Jika ku undur mana ku harus pergi?
Falsafah kehidupan
Ku cuba bongkar gali
Mencari terus mengkaji
Biar tak jumpa hujung
Asal pangkal ku betul
Ahh..
Kata manusia sesat di hujung jalan
Kembali ke pangkal jalan
Kata penyedap kata,
Biar tak sampai destinasi
Asal mati atas jalan yang pasti
Dan aku..
" Menjunjung takdir, dalam pencarian yang tak berakhir.."
Insan pencari,
0904
06 / 10 / 2015
Bro mantap ahh cerita bro.. mantap ar weiii.aku suka aku suka..huhu
ReplyDeleteterima kasih jin, cerita ni singgah mengejut dalam kepala. aku pon terkejut. haha.
Delete